BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

you love me , i love you , you dont love me , i still love you ..

Sunday 28 October 2012

Isu-ii bercinta :D:D
haih , memang tak sah eh tak cakap soal cinta ? HAHA , just kongsi cerita maaa ~

*opss ! bukan dari pengalaman tau , dari keadaan sekeliling ^^

First saya nak cakap Cinta Jarak Jauh , CJJ , bukan PJJ - pembelajaran jarak jauh --'


Tipu kalau korang cakap cinta jarak jauh tak wujud , ade je , ramai pun ramai kan ?
huh , tak best ? best apa! tak yah asyik jumpa , simpan rindu banyak-ii , nanti dah jumpa baru rasa tak bosan nak tatap muka dia 24 jam :D agak-ii macam mana nak dapat cinta jarak jauh kan ? sy sendiri pun tak pasti , hehe tapi sekarang kan zaman modern beb , twitter , facebook , myspace, friendster , BBM, what's up , instagram semua la ade.. bukan macam dulu main surat letak bedak banyak-ii :) tapi pada sy cinta zaman dulu lagi romantik apa , banyak kenangan yang boleh simpan .. zaman sekarang semua kenangan kat alam siber .. Tak kisah la biar teknologi berubah , jangan sayang kita tak seseorang yang kita sayang boleh berubah :) kan ?

Cinta Jarak Jauh ni ade Kebaikan , ade jugak Keburukannya .. tapi apa-ii pun memang lumrah la kan bercinta perlu ade cubaan dan halangan :D kalau tak macam mana nak tambah kepercayaan dan sayang kita pada si dia kan ;p so jaga baik-2 hubungan korang ^^  macam mana kalau rindu ? alaa , banyak cara nak hilangkan rindu tuu .. nie skit tips :D:D


  • Hubungi Orang Yang Dirindui

Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.
  • Melihat Foto Atau Video Si Dia

Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.
  • Kunjungi Tempat Yang Pernah Dilewati Bersama

Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.
  • Memeluk Pakaian Si Dia (Lepas Kahwin Laa Biasanyakan ^^)

Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita.
  • Lakukan Persediaan Untuk Dia

Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.
Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.

Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti diatas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti diatas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia.


HAHA , cuba la insyaAllah korang boleh kurangkan rindu korang tuu ye ^^

Btw , halangan memang sentiasa ada kan ? macam mana pulak kalau Bf/Gf anda curang ?

- This biasanya lelaki yg selalu buat kan ? haha , entah la hati masing-ii kan , jangan salahkan sesiapa ^^
Apapun kalau Bf/Gf korang curang , tunggu apa lagi .. dah jelas depan mata selingkuh angkat kaki pergi la dari hidup dia.. Takyah perbodohkan diri lagi syg org mcm tu , ramai lagi lelaki/perempuan yg lagi baik untuk korang :D Kalau dah selalu buat hal , tak pernah cukup dari 1 mmg takkan pernah kekal , percayalah !

Biasa kalau gaduh susah nak pujuk ? alaa lek laa , gaduh kan merapatkan hubungan .. mcm ayat sebelum nie , cemburu tandanya sayang kan ? tapi korang kenelaa pandai kawal tahap cemburu tuu , jangan biarkan dia menguasai sayang anda .. ego dan cemburu tu perlu tapi kalau lebih-ii tu dah lebih kepada penghasutan syaitan tuu.. sebab tu dalam apa jua percintaan , kepercayaan perlu ditahap yg pertama selain kejujuran dan kasih sayang.. setiap masalah ade penyelesaiannya , cuma kita yg perlu matang tapi kalau dah jelas-ii kesalahan depan mata ? tinggalkan je la dia tu , Allah selalu adil dalam setiap percaturannya . jangan risau , Lelaki yg baik untuk Perempuan yg baik , begitu jugak sebaliknya :) kalau kita sygkan seseorg tu kita takkan sia-ii kan dia kan ^^

Kadangkala Isu Ex sering menjadi faktor kenapa Couple tuu boleh gaduh , sampai jatuh talak lagi .. haha , chill laa sis , bro.. Ex is Ex , he/she is the past , not the future ! remember okay ?

p/s : stop loving someone who can learn to appreciate you , leave them is better ^^ regardless both of you love each other and appreciate on your relationship . i wish you all goodluck ^^ selamat berbahagia dengan pasangan korang !! :D:D 

0 comments:

Cute Polka Dotted Rainbow Bow Tie Ribbon